Kaedah Ikatan Pantun ZA'aBA: Beberapa rangkap 4-pantun diikat
Tersedia jejak tidak seorang
Mengikat pantun diikut kaedah
Tersurat sejak Sebelum Perang
Mari disukat beras di sini
Sehingga tibalah giliran melukut
Tatkala diikat pantun ini
Kaedah ZA'aBA-lah yang diikut
Meredah hutan paya rimba
Sentiasa bersama pantang bercerai
Kaedah Ikatan Pantun ZA'aBA
Nombor 5 di dalam senarai
Susut seruntun pulih segera
Seru ke dusun di layar saran
Maksud pantun pilih tera
Baru susun siar sampiran
Tak susut seruntun selain di pekan
Tetamu diangkut meredah rimba
Maksud pantun tak lain tak bukan
Pertemu pengikut kaedah ZA'aBA
Di sana wujud seindah taman
Menurut berita diutus penyajak
Marilah bersujud wahai teman
Di bumi nyata tempat berpijak
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home